Monday, January 03, 2011

2010 Dalam Kenangan, Selamat Datang 2011.

Assalamualaikum w.b.t.

Last posting aku pada 2 Mei 2010. Sejak itu tak pernah aku posting lagi sampailah ke hari ini. Insha Allah dalam postingan aku kali ini aku sorotkan kembali kisah suka & duka sepanjang tahun 2010 yang sudah pun berlalu.

Mei 2010
Bulan terakhir aku di mana aku menamatkan pengajian dalam bidang sarjana muda di UTM Skudai. Lebih kurang seminggu lepas tu aku dapat tawaran bekerja di PTP. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bekerja di situ lagi.

Jun-Julai-Ogos 2010
Aku kerja kat port jaga kren. Sebulan kerja normal (office hour). Masuk bulan Jun dah ditransfer ke breakdown. Kerja shif 12 jam. 4 hari siang-2 hari off-4 hari malam-2 hari off & seterusnya. Masa ni banyak betul urusan untuk hari konvokesyen aku. Sungguh sibuk sekali.

September 2010
Hari konvokesyen aku (26 September 2010). Dapat la jumpa kawan2 lama balik. Alhamdulillah akhirnya aku Grad juga. Sangat gembira. Terima kasih tak terhingga kepada Emak & Ayah (Arwah).

Oktober 2010
Tarikh 20 Oktober 2010 merupakan hari paling menyedihkan bagi aku. Insan tersayang pergi menyambut seruan Illahi. Al-Fatihah untuk Allahyarham ayahanda Tumaran bin Arsat.

November-Disember 2010
Kehidupan perlu aku teruskan. Banyak urusan perlu dilaksanakan selepas ketiadaan arwah ayah. Emak sangat tabah menghadapi ujian ini. 

2011 
2011 akan membawa lembaran baru dalam kamus hidup aku. Semoga tahun ini membawa sinar bahagia selamanya... =.=

2 credits:

Al-Farashah said...

Salam...

Takziah atas pemergian ayah~
Ayah Ina pon baru meninggal 10 muharam lepas..
Smg doa kita utknya tidak akan pernah putus~ doa anak yg soleh, amal jariah untuk ayah yg tak akan putus walaupun dah meninggal kan...

Kem salam cikgu~

saher said...

Salam..

Insha Allah..Terima kasih..
Maaf baru tahu yg ayah ina sudah meninggal dunia..takziah juga untuk ina..