Takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Seluruh Johor mula berkabung selama seminggu atas kemangkatan baginda. Jam 2 petang ini pula akan diadakan istiadat pemakaman di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Majlis pertabalan sultan baru iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail akan diadakan di Istana Besar sebelum istiadat pemakaman. Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Al-Fatihah...
Rujukan: KOSMO
Rujukan: KOSMO






0 credits:
Post a Comment