Thursday, November 12, 2009

Rendang Tak Berbuah

"Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang

Di pintu rindu

Hidup dan matiku disisimu"


Huhu itu antara bait2 lirik lagu Hattan-Rendang Tak Berbuah. Apa makna di sebalik lirik2 tu? Takde apa2 pun yang special sangat. Cuma perkataan "Sunyi" tu je ibarat suasana di UTM sekarang ni yang sudah sunyi dan sepi sebab budak2 ni ramai yang dah habis exam. So diorang pun ramai yang dah balik ke kampung halaman masing2 untuk berjumpa dengan yang tersayang..:p

Aku?? Haha aku ada 1 lagi paper Ekonomi (last) nak disettlekan Jumaat (esok) ni. So tak dapat la aku join budak2 yang dah balik kampung tu. Nak buat macam mana, paper aku tu adalah paper terakhir di UTM ni, untuk budak2 FKE la. Fakulti lain aku pun tak tahu. Iye ke? Entah la. Tapi lepas habis exam aku kena pergi kursus Degree ++ pulak untuk 1st serie. Huhu..

Sekarang jam menunjukkan pukul 6 tepat melepat. Pagi2 buta update blog. Haha bosan la sambil belek2 buku ekonomi tergerak pulak nak update blog. Basuh baju sambil round2 kat kolej tengok banyak bilik dah gelap & sunyi je tak macam sebelum2 ni.

Kepada korang yang belum habis exam tu aku ucapkan selamat menjawab saki-baki paper yang masih tinggal & kepada korang yang dah habis exam & nak balik ke kampung halaman tu aku ucapkan selamat pulang & berhati2 lah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Kirim salam kat keluarga korang yer. Cuti nanti korang nak holiday ke mana? Eh ape aku merepek ni..Exam tak habis lagi nak cerita pasal cuti pulak. Dah la, nak pergi solat Subuh. Wallahu'alam...

2 credits:

yariennisha said...

Huu.. Kesunyian jelas terasa sekarang ni..
Nak balik umah~~

btw, syahir.. wish u all the best for the last paper this sem.. :)

msbt_jr said...

balik...jgn xbalik...huhu...